Apa sebenarnya comfort
zone ni ye?..Ramai yang pernah dengar....tapi macam tak berapa clear
lagi, tak berapa faham lagi maksud comfort zone ni..Kalau diikutkan,
maksud comfort zone ni ialah ZON SELESA...Kalau yang tak faham, dia
ingat...baguslah hidup dalam comfort zone!..Buat apa nak hidup dalam ZON
TAK SELESA?.
Comfort zone ni sebenarnya kan...Bila kita dah lama sangat
hidup dengan rutin yang sama...dan kita dah selesa dengan rutin
kita..Kita dah selesa dengan kerja kita,selesa dengan gaji kita, atau
dah selesa dengan bisnes kita..selesa dengan keuntungan kita..dah 10
tahun bisnes, sale sebulan RM10K atau 20K sebulan tak naik-naik dah 20
tahun...boleh jadi jugak sale dah 100K sebulan..tapi dah bisnes 28 tahun
beb..Customer pun, yang itu je yang datang..
Ada yang bukak
kedai makan, dah 28 tahun sebijik tu saja lah....Tahu tak Coffee Bean
atau contohnya Nelson's yang jual jagung tu dah ada beratus
cawangan?..Baru je berbisnes berapa tahun?..Yang kita dah bukak restoran
dah 20 tahun, kedai pun sama je, renovation pun tak buat..signboard pun
dah kusammm...tempat sama...makanan sama..pelanggan sama..Itulah dia,
kenapa semuanya sama? Sebab tokeynya pun sama, old fashion thinking..tak
nak perubahan...
Yang pegi kerja pulak, dah 48 tahun buat benda
yang sama..tempat kerja pun sama..dia kata dia setia lah sangatt...kalau
ikut Federal Highway di KL ni, atau ikut DUKE sekalipun....serba serbi
dia dah faham tentang jalan tu, lubang kat jalan tu ke..dia dah tahu kat
mana, dia boleh elak..Tiang lampu sepanjang jalan tu pun dah kenal
kereta Kanc atau kereta Wira kita lalu situ setiap hari..kalau dia
boleh cakap, dia kata dia pun nak get of comfort zone jugak..dia pun nak
jugak tengok kereta orang lain pulak lalu situ..Tak pun, dia pun nak
jugak tengok perubahan u...dia kata dah 48 tahun dia ni tak tukar-tukar
kereta..asyik-asyik dengan Kanc tu saja...huhuhuu....
Ada yang
kata, ok lah tu....dah selesa la maksudnya tu...Kereta Kanc tu kan dah
bayar habis...pakai tu je lah sampai meninggal...sebab senang, tak payah
pikir hutang lagi dah...Kerja pun kalau kat tempat yang sama 48 tahun
ni senang..boss dah kenal, kawan-kawan se" tuuuut.."pun dah kenal
lama...Kalau cari kerja lain, tak tau lagi..entah-entah pressure kerja
nanti..boss tak best ke..colleague pun tak tentu jugak macamana kan...
Bila u kata, OK LAH TU......bermaksud u sekarang berada dalam COMFORT
ZONE!..Dulu, seorang kawan saya tanya saya kalau dia nak tukar mengajar
di sekolah lain...Saya kata that is a good idea..Kenapa? Dah 30 tahun
dia mengajar kat situ..serba serbi selok belok semua dia dah hafal kat
sekolah tu..Tak bolehhh...lagi lama u duduk kat atau kerja kat tempat
yang sama bertahun-tahaun...u akan semakin selesa...Bukan itukah yang
kita cari?..Bukankah kita kerja untuk mencari keselesaan?...
Yuppp...itulah point yang ramai orang confuse!..Betul, kita bisnes ke
bekerja ke...adalah untuk kita mencari duit nak hidup....Nak bagi
anak-anak dan keluarga kita hidup selesa..Tapi comfort zone di sini
bukan bermaksud bila dah pakai kereta Mercedez Benz baru dikatakan
berada dalam COMFORT ZONE!..NOOOO.....Yang pakai Kanc pun kalau dah
sepanjang hidup pakai kereta tu...Bermaksud Kak Gaya dah terperangkap
dalam COMFORT ZONE ni...
Kenapa Kak Gayah perlu keluar dari
COMFORT ZONE?....Perasan tak, orang yang terperangkap dalam comfort zone
ni, hidup dia tak ada perubahan?..Jiwa akan jadi kosong kerana tidak
ada WAKE UP CALL!..Kerja yang dibuat akan jadi tak ada excitement!..Tak
ada suspennya...Sale pun dah boleh agak
nak dapat berapa sebulan..Pi mai pi mai sama je...
nak dapat berapa sebulan..Pi mai pi mai sama je...
Orang yang trapped dalam CZ ni, hidup tak ada perkembangan...Kalau ada
pun gaji naik sikit every year..tapi, siapa yang kita boleh
tolong?...Keluarga u saja lah...Boleh add value ramai orang tak?..Mesti
lah tak boleh..gaji pun ciput...anak bini pun kena cari bisnes sendiri,
kalau harap kat u ketua keluarga yang COMFORT ZONE sangattt lah
niii...sampai ke mati pun anak bini tak dapat merasa naik fligh..tak
dapat merasa pi negara orang putih ke..tak dapat merasa pakai kereta
yang best sikit ke...Sebab COMFORT ZONE lah tu...dah kerja
berzaman-zaman kat ofis yang sama..tak ada perubahan 40 tahun dah...
Dia tak sedar, dia sedang tunjuk contoh kat anak-anak jugak...secara
tak sedar..dia sedang ajar anak-anak...tak perlu ada perubahan nak...tak
perlu kita kaya dan berjaya nak...hidup kita kan dah senang nakkk..kita
kerja je dapat gaji cukup makan, pastu kita duduk diam-diam dalam
rumah...kita dapat tengok tv je pun dah ok la tu anakku...Kita tak payah
tolong keluarga kita yang susah, kita tak payah tolong bagi anak yatim
makan...itu semua biar je orang kaya yang buat..biar je kerajaan yang
buat...itu semua bukan tanggungjawab kita...
U fikir macam tu
kan? Kalau u fikir macam tu...hancussss lah...habisss lah, u dah salah
program minda anak-anak u sendiri...Apa saya kesaahhh..itu anak-anak u
sendiri...teruskanlah...Tapi tengoklah nanti, anak-anak u yang akan
bangkit, tak nak jadi macam u, hhehehe...kesiannnn....Patutnya...kitalah
ibu bapa menjadi idolanya..Macam mentor kita, anak-anaknya bila besar
nanti nak jadi macam Abinya!!!!....Anak-anak kita?????
Come on!!!...It's time to MOVE!..It's time to WAKE UP CALL!!!....
Kami pulak, kalau sepanjang dalam bisnes ni...kami sering mencari
sesuatu yang boleh challenge ourselves!..Kami akan cepat sedar kalau dah
lama macam dalam comfort zone ni...Cepat-cepat rasa macam nak buat
something else...Contoh dulu, dah bertahun kami guna bekas kek yang sama
macam yang ramai orang guna sekarang ni..yang berbentuk petak...We
challenge ourselves, try to get out of it!..Cari idea untuk
perubahan..dengan itulah adanya bekas berbentuk LOVE tu...
Pastuuuu....dah selesa balikk....dah rasa macam aman damaiii...sale ok,
bisnes bagus...alhamdulillah..rasa pun dah tenang.....Masa tu kami
cepat-cepat sedar balik..NO NO NO!!...Time to get up!...Tak boleh
lama-lama dalam keselesaan sangattt lah niii...Cari something yang boleh
challenge ourself!..Ni yang tengah dalam proses nak masuk pasaran di
Sabah..Kalau berjaya di KK, insyaallah...boleh masuk Indonesia...satu
dunia pun boleh...
Maksudnya macam tu lah..kena sentiasa ada
perubahan...Hidup perlukan perubahan...tak boleh sama je dari kecik
duduk di Kampung Pisang, sampai mati di Kampung
Pisang...BERHIJRAHLAH....itu contoh je lah..bukan setakat berpindah
rumah, tapi yang penting kena keluar dari pemikiran lama..NO MORE
COMFORT ZONE!!..
Kalau pakai kereta kanc atau wira, tukar
kereta...jangan takut tukar..bukan tukar sebab nak berlebih atau
bermewah-mewahan..NO!..Bila kita tukar, aura kereta baru pun boleh
menyebabkan kita kreatif mencari idea buat duit...Kalau kereta sama
je...kita tak excited nak tambah duit..sebab kereta tu pun dah habis
bayar..Kita akan kata...tak pelah,senang..tak payah pening-pening pikir
nak buat hutang lagi...Sebenarnya, pening-pening tu kita kena ada
jugak...sebab itulah yang akan menyebabkan kepala hotak kita bergerak
laju mencari idea untuk bayar duit kereta, dan terus jadi kaya dan
berjaya!..
Jangan mudah terperangkap dengan keselesaan..Jangan
mudah terperangkap dengan kesenangan...Keluar dari rumah yang selesa
tu..walau rumah tu rumah flat saja..Ramai yang selesa dalam
sana...Kerana itu akan membuatkan anda kematu, lemah, longlai...Tak nak
berubah, tak nak maju...tak nak kaya...dan tak nak tambah nilai hidup
orang lain..Tapi anda tak macam tu kann?..Anda nak berjaya kan? Anda nak
kaya kan?..Anda nak add value hidup orang lain kan??...Kalau betul,
anda kena sedar sekarang anda sedang terperangkap!..Cepat-cepat keluar
dari perangkap COMFORT ZONE!!...
DIPETIK DARI
0 ulasan:
Catat Ulasan